Street Dakwah Zakat di Dataran Masjid Zahir oleh Team Dakwah & Kutipan, Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Kakitangan Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Dakwah Dan Kutipan meraikan perpisahan Saudara Muhamad Azri pelajar praktikal LZNK
Di saat ada yang tenggelam dengan “pesta makanan” disepanjang Ramadan, jangan kita lupa pada mereka yang tidak berkemampuan.
Penjelasan kes viral pelajar MRSM di Jitra Kedah yang memerlukan dana untuk lapor diri ke Asasi UM diakhir video ini.
Jom kita tunaikan Zakat Fitrah bagi tahun 1439H/2018M secara online mengikut jenis beras yang dimakan dengan kadar minima RM7.
Majlis penyerahan zakat oleh Tn Hj Peer Mohamad Ibramsha,COO Bank Muamalat disaksikan oleh Dato’ Seri Mukhriz, Menteri Besar Kedah.
Ketika zaman kanak-kanak, apabila penat bermain kami akan mencari ubi kayu untuk dibakar. Ketika itu ada dua jenis ubi kayu. Ubi kayu putih dan ubi kayu merah. Ubi kayu putih tidak sedap kerana ubinya keras dan mangkaq.
Ubi kayu yang bersaiz kecil menjadi gebu apabila dibakar. Kebiasaannya kami akan menghimpun sampah atau sabut kelapa untuk menghidupkan api. Kemdiannya ubi kayu tadi dilontar ke dalam api dan ditunggu sehingga masak.
Apabila masak, kami akan mengambil ubi masing-masing untuk dimakan.
Ubi kayu yang sedap saya pernah makan adalah ubi kayu salai di Perkampungan Orang Asli Kuala Mu.
Ketika itu saya mengikut sahabat saya Ustaz Zulzaidi Mahmod untuk menyertai kembara dakwah bersama Ummah Aid dibawah Ustaz Wahab. Bersama rombogan tersebut adalah ahli utama delegasi iaitu Ustaz Salman Siddiqiy.
Makanan ruji utama di perkampungan Kuala Mu ketika itu adalah ubi kayu. Berdasarkan prinsip “asal kenyang”, ubi kayu salai yang disediakan oleh mereka cukup gebu sedap dimakan.
Boleh dikatakan ubi kayu banyak ditanam disekitar perkampungan mereka. Berbekalkan baja semulajadi, ianya tumbuh subur ditengah hutan belantara banjaran titiwangsa.
Hari ini anak meminta ubi kayu selepas menonton gambar Upin dan Ipin. Tok wan terus mencabut ubi kayu di depan rumah untuk santapan cucunya. Nostalgia lama terimbau kembali.
Lagi sedap ubi kayu cicah gula dan nyok dipagi hari atau dalam kedinginan hujan. Fuh..
Hanya kerana ubi kayu!
Faisal Mustaffa
Jitra, Kedah
2 Jun 2018
Jitra, Kedah
2 Jun 2018
“Lani pendapatan Pak Cik dari mana?”, tanya saya pada Pak Cik Arif ketika sesi temubual dokumentari poket akhirat.
“Ada dapat pencen ilat RM500 sebulan. Kadang-kadang ada kawan-kawan bagi sikit tampung belanja”, jawabnya.
“Cukup ka Pak Cik?”, sengaja saya bertanya untuk melanjutkan perbincangan.
“Memang tak cukup. Tapi nak bagi cukup Pak Cik jumpa budak-budak Pak Cik sedekah. Alhamdulillah cukup”, balasnya.
Usai berkhutbah, saya bergegas ke pejabat untuk meninjau kerja-kerja operasi kaunter zakat dihujung minggu oleh anak buah.
Sebaik tiba, Syed Taqiyuddin meminta bantuan untuk mengisi siri rakaman dokumentari Poket Akhirat TV Al Hijrah memandangkan tiada pegawai yang boleh hadir disebabkan penyusunan jadual saat akhir.