REMPAH CAP O

July 24, 2018Faisal Mustaffa



Rempah Cap O cukup sinonim dengan orang Kedah. Asal nama Cap O adalah daripada pengasas kilang ini iaitu Che Olah yang beroperasi di Kubang Rotan, Kuala Sungai, Alor Setar Kedah. Semasa kecil, kerap kali emak menyuruh saya ke kedai membeli rempah untuk dibuat gulai. Pesan emak, nanti beli Rempah Cap O.




Anak-anak Kedah yang membesar di era 80 an dan 90 an begitu dekat dengan rempah ini. 

Selepas beralih tangan, terdengar desas desus bahawa rempah Cap O dimiliki oleh bukan Islam. Bahkan saya sendiri menganggap bahawa rempah Cap O dimiliki oleh orang bukan Islam. Bagi penggemar gulai melayu utara, sudah tentu rempah yang dibeli bagi tujuan memasak gulai adalah ramuan orang Melayu kerana mahukan citarasa Melayu. Kesannya jualan Rempah Cap O merudum kerana maklumat salah tersebut.

Sehingga hari ini, apabila disebut tentang rempah Cap O ramai yang mengatakan mereka mula meninggalkan menggunakan serbuk rempah kari Cap O kerana dimiliki oleh orang bukan Islam. 





Persoalan tersebut terjawab sehingga saya menghadiri jamuan berbuka puasa syarikat Permintex bersama Dato' Sri Mohd Zin Bin Baharom yang merupakan pemilik sebenar kilang serbuk kari rempah Cap O. Turut bersama pada malam tersebut adalah En Gulam Azhar, CEO Maker Recipe iaitu syarikat yang mengeluarkan serbuk Kari Cap O.

Hari ini, En Gulam Azhar menjemput kami daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk berkongsi pandangan berkaitan dengan kaedah pemasaran untuk meningkatkan jualan serbuk Kari Cap O. Alhamdulillah, sedikit sebanyak perkongsian bersama En Gulam, En Patah dan En Zhafran bagi tujuan meningkatkan jualan serbuk kari Cap O.

Perkongsian ini adalah untuk membantu anak syarikat dibawah Kumpulan PERMINTEX (Primelux Energy) yang merupakan penyumbang zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah. Semoga rempah Cap O terus maju dan menjadi salah sebuah syarikat pembayar zakat terbesar di Kedah.

Untuk tempahan boleh hubungi En Gulam Azhar CEO Rempah Cap O ditalian 0197014001‬.

Mohd Faisal Mustaffa
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
Operasi Dakwah & Kutipan
Lembaga Zakat Negeri Kedah

#rempah #thevocket #iluminasi
#capO #makerrecipe
#siakapkeli #sheilarusly
#resepi #chef #ketukketukramadan

https://www.facebook.com/677903148/posts/10156493650958149/

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Contact Form