Seruan
Tembera Seri Paduka Tuan 1667 M
Pengurusan
zakat di Negeri Kedah secara perundangan bertulis wujud sejak 3 abad lamanya.
Berdasarkan rekod, terdapat undang-undang Negeri Kedah yang berusia lebih 350
tahun mengandungi arahan kewajipan berzakat.
Pada
tahun 1667 M, sebuah undang-undang telah ditulis oleh Dato Seri Paduka Tuan
yang mendapat arahan daripada Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1661-1687).
Maka lahirlah Tembera Dato’ Seri Paduka Tuan pada tahun 1667. Tembera di dalam
istilah lama adalah merujuk kepada undang-undang.
Di
dalam Tembera Dato' Paduka Tuan ini mengandungi fasal berkaitan pelbagai
perkara dan salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan zakat.
Di
dalam undang-undang tersebut, rakyat Negeri Kedah yang menjalankan aktiviti
menanam padi dan huma mestilah mengeluarkan zakat pertanian dengan kadar satu
persepuluh daripada hasil yang diperolehi.
Sekiranya
mereka enggan mengeluarkan zakat, maka penghulu diberikan kebenaran oleh Sultan
supaya mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang ingkar. Hal demikian
kerana, kewajipan berzakat merupakan arahan daripada Allah SWT.
Petikan
fasal undang-undang adalah seperti berikut :
"Barang
siapa berbuat bendang atau huma, maka hendaklah kerasi suroh keluarkan zakat;
saperti benar hisab-nya yang di-peroleh-nya itu, suroh keluarkan sa-puloh emas
zakat-nya itu. Apa-bila tiada mahu mereka itu saperti hisab itu, maka
hendak-lah kweng (penghulu) kerasi keluar zakat itu, menurut saperti hukum
Allah Taala".
Seruan
“I’lan An Nasihah Min Khusus Az Zakat” 1936 M
2
dekad selepas penulisan Tembera Seri Paduka Tuan, terdapat rekod bertulis pada
tahun 1936 berkaitan dengan arahan berzakat melalui sebuah notis bertajuk
“I’lan An Nasihah Min Khusus Az Zakat” yang bermaksud Notis Memberi Nasihat
Ketentuan Yang Bersangkutan dengan perkara zakat bertarikh 5 September 1936
bersamaan 19 Jamadil Akhir 1355 oleh Majmaul Syeikhul Islam Negeri Kedah.
Iklan
ini diedar dan ditampal di serata tempat di Negeri Kedah untuk menyeru seluruh
rakyat Negeri Kedah menunaikan zakat.
Penulisan
notis ini adalah selepas Syeikhul Islam pada ketika itu, Syeikh Wan Sulaiman
Bin Wan Sidek mendapat aduan daripada orang ramai berkaitan pembayaran zakat
dan agihan wang zakat kepada golongan asnaf terutamanya fakir dan miskin tidak
tersusun.
Sehubungan
dengan itu, Syeikh Wan Sulaiman Bin Wan Sidek menghadap Tunku Mahmud Ibni
Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin, untuk membincangkan hal berkenaan.
Tunku
Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin adalah pemangku Sultan pada ketika
itu dan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Kedah serta pernah menjawat
sebagai Presiden State Council Negeri Kedah daripada tahun 1907 sehingga 1914.
Tunku
Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin telah menitahkan tiga orang ulama’
terkenal di Negeri Kedah untuk menggubal undang-undang berkenaan zakat di
Kedah.
Ulama’-ulama’
tersebut ialah Syeikh Ismail bin Haji Salleh, Kadi Besar Negeri Kedah, Syeikh
Yaakob bin Haji Ahmad, Kadi Daerah Padang Terap dan Syeikh Abdul Ghani bin Haji
Hamzah Assaiburi, Kadi Daerah Kota Setar.
Kecintaan
Baginda kepada agama juga boleh dilihat daripada usaha baginda mendirikan
sebuah sekolah agama iaitu Al-Maahad Al-Mahmud pada 1355 Hijriah. Baginda juga
merupakan orang yang berperanan penting dalam penubuhan Masjid Zahir di Alor
Setar yang telah didirikan hasil daripada pungutan wang zakat fitrah.
Pentadbiran
Zakat dibawah Enakmen Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah 1955 M
Pada
tahun 1955M, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Sir Badlishah ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah memperkenankan, Enakmen
Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah 1955 untuk dibentangkan di Dewan Undangan
Negeri Kedah Darul Aman.
Melalui Enakmen ini, sebuah jawatankuasa diberi kuasa oleh Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah selaku Ulil Amri untuk mengutip
dan mengagih zakat di Negeri Kedah Darul Aman.
Enakmen Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah 1955 ini dijadikan asas
pentadbiran zakat di Negeri Kedah selama hampir 20 tahun sehinggalah Enakmen
Lembaga Zakat Negeri Kedah 2015 diluluskan.
Pengurusan
zakat pada ketika ini diketuai oleh Setiausaha, Jawatankuasa Zakat Negeri
Kedah. Bagi tujuan memudahkan urusan rasmi dengan masyarakat, pentadbiran
Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah dijenamakan sebagai Jabatan Zakat Negeri Kedah
Darul Aman.
Pentadbiran
Zakat dibawah Enakmen Lembaga Zakat Negeri Kedah 2015 M
Pada tahun 2015, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum
Sultan Badlishah telah memperkenankan Enakmen
Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah 1955 untuk dibentangkan di Dewan Undangan
Negeri Kedah Darul Aman.
Selepas dibentangkan, Enakmen tersebut diwartakan pada 31
Disember 2015 selepas mendapat perkenan daripada Jemaah Pemangku Sultan Negeri
Kedah iaitu Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Tan Sri
Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar, Tan Sri
Tunku Puteri Intan Safinaz.
Pengurusan
zakat di Negeri Kedah diperbadankan dibawah Enakmen 23, Enakmen Lembaga Zakat
Negeri Kedah. Melalui pembaharuan undang-undang ini, Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Negeri Kedah memberikan kuasa kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah
untuk mengutip dan mengagih zakat di dalam Negeri Kedah Darul Aman.
Lembaga
Zakat Negeri Kedah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang dipantau oleh
ahli Lembaga yang melapor terus kepada KDYMM Sultan Negeri Kedah.
Di dalam era baru pengurusan Lembaga Zakat Negeri Kedah, terdapat
banyak pembaharuan yang dilakukan bagi memastikan umat Islam yang kaya
menunaikan zakat mengikut taksiran yang sebenar untuk diagihkan kepada golongan
asnaf.
Mohd
Faisal Bin Mustaffa
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
Operasi Dakwah & Kutipan
Lembaga Zakat Negeri Kedah
0 comments