Ketika zaman kanak-kanak, apabila penat bermain kami akan mencari ubi kayu untuk dibakar. Ketika itu ada dua jenis ubi kayu. Ubi kayu putih dan ubi kayu merah. Ubi kayu putih tidak sedap kerana ubinya keras dan mangkaq.
Ubi kayu yang bersaiz kecil menjadi gebu apabila dibakar. Kebiasaannya kami akan menghimpun sampah atau sabut kelapa untuk menghidupkan api. Kemdiannya ubi kayu tadi dilontar ke dalam api dan ditunggu sehingga masak.
Apabila masak, kami akan mengambil ubi masing-masing untuk dimakan.
Ubi kayu yang sedap saya pernah makan adalah ubi kayu salai di Perkampungan Orang Asli Kuala Mu.
Ketika itu saya mengikut sahabat saya Ustaz Zulzaidi Mahmod untuk menyertai kembara dakwah bersama Ummah Aid dibawah Ustaz Wahab. Bersama rombogan tersebut adalah ahli utama delegasi iaitu Ustaz Salman Siddiqiy.
Makanan ruji utama di perkampungan Kuala Mu ketika itu adalah ubi kayu. Berdasarkan prinsip “asal kenyang”, ubi kayu salai yang disediakan oleh mereka cukup gebu sedap dimakan.
Boleh dikatakan ubi kayu banyak ditanam disekitar perkampungan mereka. Berbekalkan baja semulajadi, ianya tumbuh subur ditengah hutan belantara banjaran titiwangsa.
Hari ini anak meminta ubi kayu selepas menonton gambar Upin dan Ipin. Tok wan terus mencabut ubi kayu di depan rumah untuk santapan cucunya. Nostalgia lama terimbau kembali.
Lagi sedap ubi kayu cicah gula dan nyok dipagi hari atau dalam kedinginan hujan. Fuh..
Hanya kerana ubi kayu!
Faisal Mustaffa
Jitra, Kedah
2 Jun 2018
Jitra, Kedah
2 Jun 2018
0 comments