Mahasiswa
Dakwah
MENYEBARKAN KEBAHAGIAAN UNTUK MASA DEPAN ASNAF YANG LEBIH GEMILANG
May 29, 2018Faisal MustaffaZakat yang anda bayar adalah untuk menjayakan projek berimpak tinggi bagi membasmi kemiskinan di Negeri Kedah Darul Aman:
1. Pusat Agihan Bekalan Makanan di Masjid.
- Pilot projek di seluruh Pusat Agihan Bekalan Makanan di Masjid seluruh Baling dan Sik melibatkan peruntukan 2 juta. Sekiranya jumpa zakat bertambah akan diperluaskan ke seluruh masjid negeri Kedah.
Dakwah
SIDANG MEDIA KADAR ZAKAT FITRAH DI NEGERI KEDAH BAGI TAHUN 1439H / 2018M
May 07, 2018Faisal Mustaffa“Ustaz. Boleh dak saya nak bayar zakat fitrah lebih daripada RM7”, tanya seorang teman pada suatu hari.
Persoalan tersebut membawa kepada perbincangan kami di Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Isunya adalah kerana kadar zakat fitrah ditetapkan berdasarkan purata harga padi yang diberikan oleh BERNAS dan diselaraskan oleh pihak JAKIM/JAWHAR bagi tujuan penyelarasan kadar fitrah di seluruh Malaysia.
Apabila muncul sebahagian ahli masyarakat yang ingin membayar lebih zakat fitrah bagi dirinya, di Negeri Kedah ianya belum dibincangkan secara terperinci dan hanya menjadi amalan sesetengah orang untuk membayar secara gandaan resit atas pemintaan.
Bagi golongan kaya, jumlah RM7 amat kecil bagi mereka. Sebahagiannya meluahkan rasa kurang puas apabila hanya membayar zakat fitrah RM7 sedangkan gaji bulanan mereka mencecah 10-20 ribu sebulan.
Apabila dirujuk kepada rakan-rakan di Negeri Johor yang pernah melaksanakan kadar fitrah dua kadar, mereka menyatakan bahawa ramai juga pembayar yang mahu membayar lebih. Tetapi kini, pihak MAIJ kembali kepada penyelarasan dengan kadar RM7.
Ketika menjemput Ustaz Aminuddin Bin Abd Rahim, Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah di dalam bual bicara fidyah baru-baru ini, beliau menyatakan bahawa sunat jika pembayar ingin membayar fitrah melebihi kadar RM7. Namun begitu, ianya mestilah secara sukarela dan tanpa paksaan daripada amil yang mengutip zakat.
Sehubungan dengan itu, mulai tahun 2018 pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah membuka ruang untuk umat Islam membayar zakat fitrah dengan kadar minima RM7.
Sekiranya mereka ingin membayar lebih mengikut beras yang dimakan, bayaran boleh dibuat secara gandaan samaada RM14 bagi beras spesial import dan seterusnya RM21 bagi beras jenis mahal seperti Basmathi. Sekiranya ada yang lebih mahal, maka pembayar boleh menambah gandaan resit mengikut kemampuan dan kepuasan hati mereka.
Semoga ruang yang terbuka ini memberi peluang kepada umat islam yang berkemampuan khususnya orang-orang kaya untuk membantu golongan fakir dan miskin bagi tujuan berhari raya.
Faisal Mustaffa