Dakwah

SIDANG MEDIA KADAR ZAKAT FITRAH DI NEGERI KEDAH BAGI TAHUN 1439H / 2018M

May 07, 2018Faisal Mustaffa




Sidang media makluman kadar Zakat Fitrah di Negeri Kedah bagi tahun 1439H/2018M oleh Sahibussamahah Dato’ Syeikh Fadhil Bin Haji Awang.
Kadar fitrah yang diwajibkan untuk umat islam di negeri Kedah minimum RM7.00. Penetapan mengikut harga bagi satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.
Walau bagaimanapun, bagi golongan yang berkemampuan dan ingin membayar zakat fitrah secara gandaan mengikut jenis beras yang dimakan, boleh memilih kadar zakat fitrah iaitu Super Import berjumlah RM14.00 dan Beras Basmathi berjumlah RM21.00.Bayaran zakat melebihi RM 7.00 adalah sunat dengan tiada paksaan kepada pembayar.
Sehubungan itu, bayaran zakat fitrah boleh dibayar secara tunai kepada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui 3064 orang amil fitrah yang telah dilantik di 614 pusat kutipan zakat fitrah di seluruh negeri Kedah menggunakan resit rasmi zakat fitrah yang dikeluarkan oleh Lembaga Zakat negeri Kedah.
Selain itu, bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat secara online di laman Jom Zakat (www.jom.zakatkedah.com.my)

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Contact Form