Gambar sekitar Seminar Pengukuhan Integriti Amil Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor bertempat di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor pada 25 April 2018.
Mahasiswa
GAMBAR KENANGAN PERASMIAN PERSADA KEDAH BERSAMA TAN SRI USTAZ AZIZAN BIN ABDUL RAZAK
April 23, 2018Faisal Mustaffa
IPT
PENYERAHAN AGIHAN BALIK ZAKAT PENDAPATAN KAKITANGAN KPTM KEPADA PELAJAR-PELAJAR KPTM ALOR SETAR
April 22, 2018Faisal MustaffaTITAH UCAPAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH BERKAITAN KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT KEPADA LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH
April 17, 2018Faisal Mustaffa
TITAH UCAPAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH DI MAJLIS PENYERAHAN DAN PENERIMAAN ZAKAT BERSAMA SYARIKAT-SYARIKAT KORPORAT SERTA PERJUMPAAN BERSAMA AMIL-AMIL ZAKAT DISELURUH NEGERI KEDAH DARUL AMAN
DI TH HOTEL, ALOR SETAR PADA HARI SELASA 1 SYAABAN 1439H BERSAMAAN 17 APRIL 2018
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahhirahmanirrahim.
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Selawat dan salam ke atas junjung-an mulia, Nabi Muhammad Sollallahhu Alaihi Wasallam, serta ahli keluarga Baginda dan para sahabatnya.
Alhamdulilah, Beta melafazkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, maka dapatlah Beta, berangkat hadir ke Majlis Penyerahan, dan Penerimaan Zakat, bersama syarikat-syarikat korporat, serta perjumpaan bersama amil-amil zakat, di-seluruh Negeri Kedah. Beta mengucapkan terima kasih, kepada para amil yang hadir pada hari ini.
Beta amat berbesar hati, untuk bertemu dengan semua amil zakat, yang menjalankan tanggungjawab, mengutip dan meng-agih-kan zakat di setiap kariah, di seluruh Negeri Kedah. Turut Beta ingin mengucapkan, jutaan terima kasih, kepada semua syarikat korporat yang menunai-kan kewajipan membayar zakat perniagaan pada hari ini.
Sokongan daripada syarikat-syarikat korporat, kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah, amat Beta hargai. Semoga ianya menjadi suntikan semangat, kepada syarikat-syarikat lain, untuk menunai-kan zakat perniagaan pada tahun ini. Beta yakin dan percaya, sekiranya setiap individu yang berkemampuan, menunaikan tanggungjawab membayar zakat, maka golongan asnaf akan terbela, melalui program agihan dan pembangunan zakat yang dijalankan secara teratur dan sistematik.
Firman Allah Subhanahu Wataala, Surah At Taubah, ayat 103 “Ambillah sebahagian dari harta mereka, menjadi sedekah, supaya dengannya, engkau membersihkan mereka, dan mensucikan mereka. Doakanlah untuk mereka, sesungguhnya doamu itu, menjadi ketenteraman bagi mereka, dan ingatlah, Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Di dalam Al-Quran, ayat berkaitan zakat diulang berkali-kali, dan beriringan dengan ayat tuntutan menunaikan solat.
Firman Allah Subhanahu Wataala, di dalam Surah Al-Baqarah ayat 43:
“Dan dirikan solat, serta tunaikan zakat, dan rukuklah bersama orang-orang yang ruku’”
Berdasarkan sejarah, Negeri Kedah merupakan, negeri pertama, di semenanjung Tanah Melayu, yang menyeru rakyatnya, menunaikan zakat secara perundangan. Seruan berzakat di Negeri Kedah, telah bermula daripada tahun 1667. Sultan Dhiauddin Mukarram Shah 1, telah memerintahkan kepada Dato’ Seri Paduka Tuan, supaya menulis undang-undang Negeri Kedah, pada ketika itu.
Di dalam Undang-Undang tersebut, terkandung titah Tuanku Sultan kepada seluruh rakyat Negeri Kedah, agar wajib membayar zakat, kepada amil yang dilantik oleh Baginda. Dan sekiranya enggan hendaklah dipaksa.
Hari ini, Beta selaku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, dan Ulil Amri, yang memegang amanah, memerintah Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, menitahkan kepada seluruh rakyat Negeri Kedah, menunaikan kewajipan Zakat Fitrah dan Zakat Harta, serta syarikat-syarikat swasta, GLC dan institusi-institusi yang berkewajipan, untuk turut membayar zakat di Negeri Kedah kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah, menurut Enakmen Lembaga Zakat Kedah Darul Aman 2015.
Beta melarang mana-mana individu, atau-pun agensi yang mengutip zakat, tanpa kebenaran Lembaga Zakat Negeri Kedah. Beta berharap agar semua kutipan wang zakat, diagihkan kepada golongan asnaf yang layak, secara adil dan saksama, berdasarkan keperluan rakyat di Negeri Kedah. Beta ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengingatkan kepada semua amil yang dilantik, agar menjaga adab sopan sebagai seorang amil, seperti yang digariskan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Beta berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, memohon pertolongan dariNya agar Negeri Kedah yang tercinta ini, sentiasa di bawah naungan dan lembayung rahmat Ilahi. Beta juga amat yakin, sekiranya seluruh umat Islam yang berkemampuan menunaikan zakat, maka Allah Subhanahu Wataala, akan menurunkan keberkatan diseluruh pelusuk di negeri ini. Dengan keberkatan ini, maka Negeri Kedah akan menjadi negeri yang aman, makmur dan sejahtera jua hendaknya.
Sekian.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.