Pengurusan
zakat di Negeri Kedah secara perundangan bertulis wujud sejak 3 abad lamanya.
Berdasarkan rekod, terdapat undang-undang Negeri Kedah yang berusia lebih 350
tahun mengandungi arahan kewajipan berzakat.
Pada
tahun 1667 M, sebuah undang-undang telah ditulis oleh Dato Seri Paduka Tuan
yang mendapat arahan daripada Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1661-1687).
Maka lahirlah Tembera Dato’ Seri Paduka Tuan pada tahun 1667. Tembera di dalam
istilah lama adalah merujuk kepada undang-undang.
Rempah Cap O cukup sinonim dengan orang Kedah. Asal nama Cap O adalah daripada pengasas kilang ini iaitu Che Olah yang beroperasi di Kubang Rotan, Kuala Sungai, Alor Setar Kedah. Semasa kecil, kerap kali emak menyuruh saya ke kedai membeli rempah untuk dibuat gulai. Pesan emak, nanti beli Rempah Cap O.
Menerima lawatan En Ghulam Azhar, CEO rempah Cap O datang menziarahi di pejabat. Rempah cap O merupakan rempah keluaran Bumiputera Islam yang beroperasi di kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam.
Muzakarah berkaitan dengan pengiraan zakat institusi kewangan. Alhamdulillah, sedikit sebanyak memberikan pencerahan baharu untuk agensi bergerak seiring dengan institusi kewangan terutamanya Bank Negara dan ISRA serta institusi-institusi kewangan dibawah konsep adil kepada pembayar, manfaat kepada asnaf.